nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

REMAJA 18 TAHUN KOMA JATUH BASIKAL, PERTAHANKAN DIRI DARIPADA DICABUL

SEORANG gadis berusia 18 tahun, koma selepas terjatuh daripada basikal ketika cuba bergelut dengan tiga lelaki yang cuba mencabulnya dalam satu kejadian kira-kira jam 9.30 malam Jumaat lalu, di Taman Suria, Gurun Kedah.

Ketika itu mangsa, Ng Hui Ting bersama sepupunya, Kai Wei, 15 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing.

Menurut Kai Wei, tiga lelaki menaiki motosikal tiba-tiba mendekati mereka dan mengganggu sambil seorang daripadanya sempat meramas buah dadanya.

Berikutan bimbang kejadian lebih buruk, Hui Ting membuat keputusan bergegas meninggalkan kawasan itu tetapi mereka tetap dihambat oleh lelaki bermotosikal berkenaan. Seorang daripada mereka dikatakan cuba memeluk Hui Ting.

Bagaimanapun, Hui Ting melawan dan berlaku pergelutan di antara mangsa dengan lelaki penyerang sehingga menyebabkan dia terjatuh dan tidak sedarkan diri kerana tercedera di kepala.

Hui Ting kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendpaatkan rawatan. Doktor telah melakukan dua pembedahan di kepalanya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10