JUMLAH kematian sehingga pagi ini (Jumaat) akibat terkena lahar dan debu panas Gunung Merapi adalah seramai 73 orang, manakala yang cedera terbakar, sebahagiannya dikatogerikan sebagai parah pula sekitar 100 orang.
Menteri Koodinator dan Kesejahteraan Rakyat Indonesia, Agung Laksono, dipetik dari Kompas.com berkata jumlah itu membabitkan 69 kematian di Daerah Istimewa Yogyakarta dan 4 di Jawa Tengah.
"Sementara yang luka terbakar pula sekitar 100 orang," katanya.
Sementara itu jumlah mangsa yang dipindahkan akibat letusan Gunung Merapi telah mencecah 82,600 orang, membabitkan 57,500 di Jawa Tengah dan 25,100 di Daerah Istimewa Yogyakarta.