nuffnang ads

Friday, November 5, 2010

POLIS AUSTRALIA HILANG KATA-KATA: LELAKI AFRIKA DILANGGAR LARI DUA KERETA DAN BIARKAN MAYATNYA DI TEPI JALAN

SEORANG pegawai  penyiasat dari Unit Kemalangan Berat Brunswick, Australia, Senior Sarjan Brad McArthur, kehilangan kata-kata apabila berdepan satu kes langgar lari yang pelik di tepi jalan di barat Melbourne awal pagi semalam.

 Kemalangan itu berlaku sekitar jam 1.20 pagi membabitkan seorang lelaki dipercayai warga Afrika yang tidak dikenali, tetapi dilanggar dua kereta tanpa kedua-dua pemandunya berhenti, sekadar memerhatikan sahaja mangsa menggelupur kesakitan.

Gambar dari CCTV menunjukkan lelaki Afrika yang dilanggar lari dua kali oleh dua kereta berbeza di Melbourne
Menurut McArthur kepada The Age, sukar difahami kenapa kejadian boleh berlaku seperti itu. Mangsa katanya dilanggar dua kereta tetapi pemandunya tidak berhenti membantu sebaliknya melarikan diri membiarkannya hancur...Kata Mc Arthur lagi, dia kehilangan kata-kata menyiasat kes itu.

 Mangsa pada mulanya dikesan menerusi CCTV berjalan menerusi stesyen keretapi Tottenham sebelum dilanggar kali pertama oleh sebuah kereta di Asley Road.

Kemudian datang lagi sebuah kereta jenama Hyundai, tanpa mempedulikan orang ramai yang berkerumun melihat mayat, lalu melanggar lelaki itu sekali lagi. Pada kali kedua itu pemandunya berhenti seketika, mengundurkan keretanya seolah-olah mahu melanggar lagi, tetapi kemudian memecut laju.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10