nuffnang ads

Friday, November 12, 2010

TERBARU(update): KETUA MENTERI P.PINANG KELUARKAN NOTIS HENTI KERJA LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengeluarkan notis bagi pihak kerajaan negeri kepada syarikat MMC Gamuda JV supaya menghentikan serta-merta kerja pembinaan landasan keretapi elektrik berkembar di negeri itu.

Keputusan amat dinanti-nantikan itu dibuat dalam mesyuarat exco yang berlangsung pagi tadi, dengan antara lain turut meminta Gamuda membuka semula besi yang digunakan membuat landasan keretapi kerana telah menyebabkan aliran air tersekat.

Menurut notis berkenaan, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur sehingga syarikat terbabit memberi pengakuan dan jaminan akan menanggung segala kerugian dan musibah yang ditanggung rakyat dan kerajaan negeri ekoran banjir yang berpunca daripada pembinaan projek berkenaan.

Pengeluaran notis itu turut menepati kemahuan sebahagian besar mangsa banjir, bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi melibatkan mangsa banjir yang marah kerana landasan keretapi berkembar itu dikatakan antara punca banjir besar menimpa Kedah dan Perlis minggu lalu.

Menguatkan lagi bukti bahawa projek itu menjadi punca banjir terbesar dalam sejarah negara di negara ini ialah kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung baru-baru ini.

Walaupun kerajaan menafikan landasan keretapi elektrik berkembar itu menjadi punca, siapalah di antara kita yang mahu percaya kerana ia adalah projek kerajaan dan kerajaan tentunya mahu membela dan melindungi apa sahaja projek yang dilaksanakan demi menjaga air muka.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10