nuffnang ads

Friday, November 12, 2010

DAH HANTAR SITI BALQIS JUMPA PAKAR SAKIT JIWA KE BELUM?

TIBA-tiba teringat Siti Balqis Mohd Nor, yang pernah menggemparkan seantero negara kerana dakwaannya sering sangat dilarikan jin. Habis semua keturunan jin disumpah manusia angkara kejahatan itu.

Banyak dakwaan konon dia disorokkan jin di atas kubur, di dalam mesin pembancuh simen, di atas pokok dan di dalam almari. Kemudian kemuncak dakwaannya, dia dibawa jin pergi ke Gunung Jerai.

Namun itu hanyalah halusinasi dan imaginasinya apabila dia kemudian dijumpai elok bersantai di rumah sahabat penanya di Jelebu. Ketika banyak pihak bimbang dan marah kepada kumpulan jin kerana tak henti-henti mengganggu budak itu, terlerailah segala punca masalah.

Siti Balqislah masalahnya. Dia yang bermasalah dan disyaki sakit jiwa. Kini persoalan yang perlu kita tanyakan kepada keluarga Siti Balqis ialah, sudahkah dia dihantar untuk menjalani rawatan psikiatrik. Bukan apa, kita bimbag semakin dibiarkan semakin teruk sakitnya nanti.

Keluarga Siti Balqis diharap tidak memandang ringan sakit jiwa yang menimpa anaknya itu. Kita doakan dia segera sembuh.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10