nuffnang ads

Tuesday, November 9, 2010

TERBARU: 110 LESEN BAS MILIK DUA SYARIKAT YANG TERBABIT NAHAS MAUT BARU-BARU INI DITARIK BALIK!!!!

AKHIRNYA selepas orang ramai mengharapkan satu tindakan tegas diambil oleh kerajaan ke atas syarikat bas ekspress yang terbabit dalam dua kemalangan maut di Simpang Ampat dan Genting Sempah, baru-baru ini satu keputusan drastik diumumkan kerajaan hari ini.

Keputusan kerajaan adalah seperti berikut:

1.Semua 11 lesen bas ekspress milik Syarikat Kuala Lumpur-Melaka Ekspress Sdn Bhd ditarik balik. Bas ekspress Delima milik syarikat berkenaan sebelum ini terbabit dalam nahas ngeri sehingga mengorbankan 13 nyawa di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Simpang Ampang, Melaka.

2.Semua 99 lesen bas sewa khas milik Syarikat Taipan Suria (MM2H) juga ditarik balik. Salah sebuah bas milik syarikat itu terbabit dalam nahas maut di Genting Sempah baru-baru ini mengorbankan tujuh nyawa. Pemandu bas itu pula yang patah kaki tiada lesen!

Pengumuman kerajaan terhadap keputusan diambil oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ini diumumkan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, di parlimen sebentar tadi.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10