nuffnang ads

Tuesday, November 9, 2010

BUKAN MELAYU KURANG PATRIOTIK: SEBAB UTAMA MEREKA TAK MAHU JADI TENTERA

PERASAAN kurang patriotik dikatakan menjadi sebab utama kenapa bukan Melayu/Bumiputera tidak ramai menceburkan diri untuk menjadi anggota dan pegawai tentera di negara ini, walaupun kerajaan telah membuka ruang yang luas kepada mereka.

Sehingga kini bidang ketenteraan diceburi 98.2 peratus oleh orang Melayu/Bumiputera manakala hanya lebih 1 peratus di kalangan bukan Melayu/Bumiputera.

Pendedahan ini wajar diterima secara terbuka oleh rakyat bukan Melayu/Bumiputera yang mengaku mereka adalah anak Malaysia. Apa guna jadi anak Malaysia kalau perasaan kurang patriotik itu masih tinggi di kalangan mereka.

Apakah bukan Melayu/Bumiputera lebih selesa berniaga, memiliki gedung dan perniagaan yang besar tetapi pada masa yang sama membiarkan orang Melayu/Bumiputera sebagai 'jaga' untuk mengawasi keamanan negara di tanah tempat mereka menjalankan perniagaan?

Orang bukan Melayu harus berubah. Mereka harus meletakkan rasa sayang dan patriotik kepada negara melebihi hal-hal yang hanya tertumpu kepada mengumpul kekayaan dan mencari kehidupan senang lenang dengan membiarkan hanya satu bangsa sahaja menjadi benteng pertahanan negara.

Kurangnya rasa patriotik bukan Melayu/Bumiputera ini bukan omong kosong. Ia diakui sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebentar tadi ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Dalam hal tertentu kadang-kala kita kena berterus-terang. Kita wajar juga mempertikaikan sikap kaum lain yang apabila ada orang Melayu terlepas cakap, dicop mereka sebagai rasis sedangkan realitinya kalau mahu melihat orang lain tidak bersikap sinis begitu, mereka mesti bersama dalam bidang amat penting negara - sektor pertahanan!

Jangan hanya mempertikaikan hak yang mereka mahu tapi pada masa yang sama patriotisme kepada negara di kalangan mereka amat rapuh dan seolah-olah tiada, terutama kalau kita melihat jumlah mereka yang menyertai angkatan tentera.

Bangunlah kaum bukan Melayu. Jangan tanyakan apa yang negara beri kepada kamu, tapi tanyakan apakah yang kamu telah berikan kepada negara!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10