POLIS berjaya memberkas seorang pemuda berusia 23 tahun selepas dia disyaki terbabit menetak kepala ibunya dengan kapak dalam kejadian jam10.30 malam tadi.
Dia yang melarikan diri selepas membunuh ibunya, bersembunyi di dalam sebuah pondok di belakang rumah jirannya, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata ibu suspek, Che Wa Isa, 57,meninggalkan selepas dihantar ke pusat kesihatan berdekatan.
Polis enggan mengulas dia mengamalkan ilmu salah tetapi tidak menolak kemungkinan pemuda itu seorang penagih dadah.
Kejadian yang berlaku di ruang rumahnya di Felca Chini Timur 1 itu menggemparkan penduduk setempat yang turut membantu polis mengesan pemuda terbabit.