nuffnang ads

Monday, November 15, 2010

TAK TAHAN AKU: KATA ANGELINA JOLIE TENTANG CINTANYA KEPADA BRAD PITT

MACAM cakap orang kampung tentang cinta yang asyik masyuk. "Tak tahan aku!"

Demikian perasaan Angelina Jolie, bintang Hollywood apabila ditanya tentang perasaannya terhadap Brad Pitt, lelaki yang kini sentiasa mendampinginya siang dan malam.

Angelina Jolie yang mengedik-gedik...tak tahan direnung Brad Pitt. Redup dan layu mata Brad Pitt baginya adalah sinaran laser yang meluluhkan jiwanya!
Menurut Angelina, Brad Pit mempunyai aura yang amat menggoda dan jika sesiapa pun berada berdekatannya, wanita itu mesti terasa mahu dipeluk oleh jejaka idamannya itu.

"Dia tampan dan paling penting dia amat seksi buat saya," demikian pengakuan Angelina yang bakal dimuatkan dalam majalah Vogue keluaran Disember ini.

Memang cinta Angelina kini amat dalam terhadap Brad Pitt. Tak siapa dapat memisahkannya hatta petir dan ribut taufan. Macamlah lelaki lain tak menarik inginnya!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10