nuffnang ads

Monday, November 15, 2010

PENGANTIN BARU DUA MINGGU, DIROGOL DAN DIBUNUH KETIKA BERBULAN MADU

Baru dua minggu merasai nikmat kahwin. Anni (kanan) dirogol dan dibunuh di Afrika Selatan

NASIHAT pertama ialah jika anda baru berkahwin dan ingin berbulan madu, elakkan pergi ke Afrika Selatan! Ini keraa berdasarkan statistik jenayah, negara itu mencatatkan rekod buruk sepanjang tahun lalu. Bagi tempoh sepanjang tahun lalu, 50,000 kes rogol berlaku di negara itu.

Selain itu dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 18,148 kes bunuh dilaporkan,  200,000 (kes serangan) 18,000 (rompakan) dan 14,915 (larikan kenderaan).

Kejadian menimpa pasangan pengantin yang baru berkahwin dua minggu lalu juga wajar dijadikan peringatan. Shrien Dewani, 31 dan isterinya Anni Dewani, 28, yang tiba di Afrika Selatan Jumaat lalu menyangka lokasi berbulan madu mereka di Afrika Selatan bakal membawa kenangan indah. Namun sebaliknya yang terjadi - meninggalkan memori paling pahit dalam hidup Shrien Dewani!

Petang Sabtu lalu pasangan itu singgah makan di sebuah restoran di pinggir Cape Town. Kemudian mereka menaiki sebuah teksi untuk pergi ke pusat hiburan. Namun dalam perjalanan, teksi mereka naiki ditahan dua lelaki bersenjata api, memaksa pemandu teksi berkenaan keluar.

Menurut jurucakap polis Afrika Selatan, Lt Kolonel Andre Taw, sebaik pemandu teksi diarah keluar, dua suspek membawa teksi itu bersama pasangan pengantin baru berkenaan. Apabila tiba di bandar Khayelista, suami wanita itu diturunkan.

Suaminya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu, tetapi keesokannya mayat Anni ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk belakang teksi. Dia dipercayai dirogol sebelum dibunuh.

Lt Kolonel Andre berkata, kini pihak berkuasa sedang memburu kedua-dua lelaki terbabit yang dipercayai telah melarikan diri selepas melahap tubuh Anni!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10