SEORANG peniaga yang sepatutnya menjadi Raja Sehari 4 November lalu, terpaksa menangguhkan hasratnya itu apabila ditangkap pada 3 November dan dikenakan hukuman penjara 12 bulan kerana bersalah melakukan jenayah ragut.
Shairol Annuar Zainudin, 21, didapati bersalah kerana meragut beg tangan milik Siti Noraziah Bachek, 42, di persimpangan ke PPR Sri Semarak, di Setapak.
Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang boleh dihukuman penjara maksimum 14 tahun dan dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Tentu tunangnya menangis!