nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

SUAMI CEMBURU PIJAK ISTERI SAMPAI MATI

RAIKAN 20 TAHUN HARIAN METRO

HARIAN METRO HARI INI
SEORANG suami yang meletakkan otaknya di lutut sehingga gagal membuat pertimbangan, tergamak memijak, menendang dan memukul isterinya sendiri hanya kerana dipengaruhi oleh rasa cemburu yang keterlaluan di rumah kongsi tempat tinggal mereka, di Bintulu, Sarawak kelmarin.

Hanya kerana melihat isterinya minum bersama empat rakannya yang lain di rumah itu, suami dayus itu sanggup bertindak di luar akal. Di depan anak tunggal mereka dan dilihat oleh kawan-kawannya sendiri, lelaki berusia 33 tahun itu sanggup bertindak kejam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Sulaiman Abdul Razak, berkata sebelum kejadian, suspek minum bersama rakannya di sebuah gerai dan bila pulang hatinya jadi panas mendidih melihat isterinya yang berusia 34 tahun sedang minum bersama empat rakannya.

"Sebaik melihat isterinya sedang minum bersama rakan, suspek mengarahkan isterinya beredar, namun wanita itu enggan. Berang dengan sikap isterinya itu, suspek hilang pertimbangan lalu memukul, menendang dan memijak sehingga pengsan. Isterinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Suspek yang berasal dari Dalat, ibu kini ditahan reman dan sedang disiasat untuk didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10