nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

MAYAT DALAM BEG: PEMBANTU RUMAH YANG LARIKAN DIRI DARI RUMAH MAJIKAN

SIASATAN polis mendapati, mayat yang ditemui dalam beg di belakang sebuah bengkel membaiki motosikal di Ukay Perdana, Hulu Klang, beberapa hari lalu adalah seorang wanita pembantu rumah yang melarikan diri dari rumah majikannya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan, berkata wanita itu berusia 20-an namun katanya,  polis masih berharap ada waris atau pihak yang mengenalinya dapat menghubungi pihak berkuasa.

Setakat ini ada lima keluarga telah datang membuat pengecaman tetapi kesemuanya menafikan wanita itu waris mereka yang hilang.

Dalam kejadian minggu lalu, mayat wanita itu dtemui oleh seorang mekanik diletakkan di dalam sebuah beg pakaian besar dalam keadaan berlipat. Kematiannya dipercayai akibat pendarahan di bahagian perut dipercayai ditendang atau ditumbuk menggunakan objek tumpul.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10