PEPERIKSAAN SPM dan STPM tetap akan berjalan seperti dijadualkan walaupun beberapa negeri kini teruk dilanda banjir, kata Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, katanya semua pengarah pelajaran negeri telah diarahkan memantau situasi dari semasa ke semasa dan jika berlaku sebarang pindaan, pengumuman segera akan dibuat bagi memastikan semua berjalan lancar.