Abdul Taib (kiri) meyamar sebagai penolong pengarah.(SUD) |
Menurut kakak mangsa, Abdul Taib datang ke rumah mereka awal Oktober lalu dan menumpang seminggu atas alasan untuk berbincang mengenai persiapan perkahwinannya dengan mangsa,
Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohamad Megat Khairul memberitahu mahkamah Abdul Taib memberitahu keluarga mangsa bahawa majlis pertunangan mereka akan diadakan di rumah keluarga mangsa pada 17 Oktober manakala majlis pernikahan pula berlangsung pada 30 Oktober.
Tertuduh juga memberitahu kakak mangsa, dia akan membayar RM600 sebagai bayaran upah syarikat katering makanan yang digunakan untuk menjamu tetamu dan sanak-saudara pada majlis pertunangan 17 Oktober.
Kemudian tertuduh secara licik memperdaya mangsa menyerahkan RM5,000 dengan janji kononnya wang itu digunakan untuk membiayai kedua-dua majlis yang dirancangkan.
Namun pada hari dijanjikan iaitu hari pertunangan pada 17 Oktober, keluarga mangsa mengesyaki sesuatu apabila tertuduh tidak datang ke rumah mereka seperti dijanjikan. Apabila dihubungi, tertuduh memberitahu tidak dapat hadir kerana terpaksa ke Brunei kerana saudara ayahnya meninggal dunia.
Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu polis menahan tertuduh. Ketika ditahan, polis menemui sekeping kad nama mempunyai gambar tertuduh yang palsu kononnya dia bertugas di sebuah pejabat kerajaan.
Tertuduh dihantar ke penjara dan gagal membayar denda yang dikenakan.(SUD)