nuffnang ads

Tuesday, November 9, 2010

SETUBUH BUMI!

DI INDONESIA pegawai tenteranya kalau memberi arahan, jangan banyak tanya atau banyak difikirkan! Pernah terjadi pegawai tentera negara kita kejang urat kentut mengenangkan peristiwa lucu dilaluinya apabila berkursus di negara itu.

Saya tak mahu cerita banyak cerita lucu yang lain, tetapi hanya mahu menyampaikan cerita kawan apabila dia diarahkan berhati-hati apabila pasukan penembak melepaskan peluru hidup di atas kepala. Maknanya ketika itu semua peserta kursus mesti cepat bertindak. Tidak boleh mendongak dan tidak boleh mengangkat kepala kerana tembakan akan dilepaskan satu kaki di atas kepala!


Maka sebelum latihan dimulakan, pegawai bertugas akan mengingatkan lagi peserta kursus supaya bersedia dan tidak memandang ringan kerana sedikit kesilapan akan membuat mereka kehilangan nyawa.

Latihan berani mati itu, mesti dilalui semua peserta dan apabila habis taklimat dan peringatan diberikan, pegawai bertugas pun mula bertanya kepada seorang pegawai tentera kita.

Dia bertanya: "Apabila dimulakan sahaja latihan ini apa yang perlu kamu lakukan?"

Dijawab oleh pegawai tentera kita: "Pastikan nyawa diutamakan:

Ditanya lagi oleh pegawai bertugas: "Bagaimana cara pastikan nyawa kamu jadi keutamaannya?"

Dijawap pegawai tentera kita: "Jangan angkat kepala"

Dibalas pegawai itu: "Bagus, tapi bagaimana mahu kamu lakukan?"

Pegawai tentera kita pun menjawap: "meniarap"

Segera mata pegawai bertugas itu mendelik: "maksud kamu?"

Dibalas lagi: "Rendahkan tubuh, jangan angkat kepala!"

Ditambah pegawai bertugas itu: "Kepala tidak boleh diangkat, bila kamu sudah setubuh bumi!"

Terdiam pegawai kita memikirkannya. Lama kemudian baru diberitahu, setubuh bumi itu sama ertinya meniarap dengan badan mencecah tanah! "Bila setubuh jangan diangkat kepalanya! Kepalanya jagan diangkat..faham" tambah pegawai bertugas itu.

Hari ini bila terpandang tentera membuat latihan meniarap di atas bumi, kawan itu pun selalu memaculkan kata-kata: "Tengok...orang tu tengah setubuh bumi!"

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10