nuffnang ads

Wednesday, November 10, 2010

SUSULAN IBU DITETAK DI KEPALA

AYAH suspek, Halim Ismail, 58, mengesyaki anak lelakinya yang menetak kepala ibu sendiri dengan kapak semalam di beranda kediaman mereka di Felda Chini Timur 1, Pekan, Pahang  terpengaruh dengan ilmu mistik

Halim menunjukkan antara buku yang sering dibaca anaknya, sebelum dia bertindak menetak kepala ibu sendiri. (HM)
Ketika kejadian, Halim sedang melayan cucu perempuannya di dapur, manakala anak bongsunya Amira, 20, pelajar UiTM yang sedang bercuti, membancuh susu.

Dia terdengar isterinya, Che Wa Isa, 57, bercakap sesuatu dengan suspek sebelum terdengar bunyi jatuh sebelum dia dan anaknya Amira bergegas dan mendapati isterinya terbaring dengan kepala berdarah.

Suspek berusia 23, pula dilihat beradar dan cuba melarikan diri. Halim memanggil anggota Rela meminta bantuan menangkap anaknya itu kerana bimbang dia yang masih memegang kapak akan melakukan sesuatu yang buruk kepada orang lain pula.

Demikianlah sedikit cerita seorang ayah tentang kejadian menimpa isterinya yang terkorban akibat ditetak anak lelaki sendiri. Berita selanjutnya, dapatkan HARIAN METRO hari ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10