nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

EMPAT WANITA JADI MANGSA PEGAWAI POLIS 'POYO' DI BANGSAR

SEORANG penjenayah dengan muka toya dan selamba, berjaya memperdayakan sekurang-kurangnya empat wanita hanya dengan berlagak sebagai seorang pegawai polis berpangkat Inspektor.

Modus operandi pegawai polis bogus ini ialah dengan menjadikan pemandu wanita yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu untuk dijadikan mangsa. Tanpa salam dan segan silu dia akan menahan wanita berkenaan atas kesalahan menggunakan telefon ketika memandu.

Sebaik sahaja mangsa memberhentikan kereta dia akan meminta telefon bimbit berkenaan kononya 'disita' dan mangsa mesti pergi ke balai polis Bangsar untuk membayar saman dan mengambil semula telefonnya itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, mengesahkan empat wanita telah menjadi mangsa 'poyo' lelaki terbabit.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan jika ditahan mereka yang mendakwa sebagai pegawai polis, orang ramai mesti meminta orang yang disyaki itu menunjukkan kad kuasanya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10