nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

PUTERA JEFRI BOLKIAH SAMAN PEGUAM TERKENAL BRITAIN KERANA CURANG

ADIK Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah menyaman dua peguam terkenal di Britain di atas dakwaan curang kerana menyeleweng lebih RM20 juta ketika diberi tugas menjaga kepentingan hartanah beliau sejak tahun 2004.

Kes saman itu bermula di Mahkamah Manhattan hari ini, apabila peguambelanya, Linda Goldstein, mula memberi keterangan berhubung kes itu di depan juri.

Putera Jeffri Bolkiah saman peguam terkenal Britain.
Menurut Linda, Thomas dan Faith Derbyshire curang apabila tidak menjalankan amanah menjaga kepentingan Jufri dengan menyeleweng untuk kepentingan sendiri melibatkan kerugian lebih RM20 juta.

Derbyshire adalah peguam terkenal di Britain dan menjadi peguam kelapan dalam senarai peguam jenayah yang memperolehi pendapatan tertinggi di negara itu. Dia telah diamanahkan menjaga antara lain Hotel New York Palace, Istana 23 bilik di Long Island, New York dan sebuah rumah di Las Vegas milik kerabat Diraja Brunei itu.

Putera Jefri yang mendapat jolokan Playboy Diraja di kalangan media luar negara, mempunyai lebih 2,000 kereta dan empat isteri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10