nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

IBU MUDA DAN DUA ANAK HILANG, KEMUNGKINAN DICULIK DI SELATAN INDIA

TIGA beranak, ibu muda, Adhila Banu, 24, anak lelakinya, Mohd Aslam, 7, dan anak perempuan Ajila Banu, 5, warga negara Malaysia, dilaporkan hilang secara mengejut ketika berurusan membeli tong gas di sebuah kedai runcit, di Barathi Nagar, bandar Ramanathapuram, Tamil Naidu, India, tengah hari Isnin lalu.

Ibu mangsa,  Saibu Misha, 56, dilaporkan membuat laporan mengenai kehilangan itu dan amat bimbang mereka menjadi mangsa culik berikutan meningkatnya kes culik di kawasan selatan wilayah itu, sejak kebelakangan ini yang menuntut tebusan bagi mencari wang mudah.

Polis India pula dilaporkan sedang berusaha menyiasat dan mengesan menerusi perbualan telefon bimbit mangsa untuk mencari klu kejadian itu.

Suami Adhli pula masih berada di negara ini ketika kejadian itu berlaku dan kehilangan menjadi perbualan hangat di kalangan penduduk tempatan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10