nuffnang ads

Thursday, November 11, 2010

MASIH INGATKAH KITA PADA KEMBAR SIAM YANG BERJAYA DIPISAHKAN BEBERAPA TAHUN LALU?

KEKURANGAN  di segi fizikal tidak menghalang adik-beradik kembar siam yang berjaya dipisahkan menerusi pembedahan yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dulu untuk turut berjaya dalam peperiksaan UPSR mereka.

Rosli diapit Muhamad (kiri) yang mendapat 4A1B dan Ahmad (2A3B)
Bagi ayah mereka, Rosli Abdul Rahim, 39, kasih sayangnya tetap melimpah ruah dan hari ini beliau meraikan kejayaan anak-anaknya itu yang berjaya lulus dalam peperiksaan UPSR mereka di Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (2) di Shah Alam.

Adik kembar, Muhamad, berjaya mendapat 4A1B manakala abangnya Ahmad pula mendapat 2A3B. Tahniah, walaupun kekurangan, mereka tidak pernah patah semangat meneruskan kehidupan ini.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10