"Maafkanlah kami sekiranya Lin terasa hati atau tersinggung dengan mak atau abah. Sejak Lin tinggalkan rumah kesihatan abah makin teruk," rayu Lasbiyah.
Pulanglah Lin...ibu merayu |
Bagaimanapun, naluri Lasbiyah kuat menyatakan anaknya itu kini bersama teman lelaki dikenali sebagai Stevan walaupun Stevan ada menghubunginya yang memaklumkan dia tidak terlibat dan memberitahu Lin tidak menghubunginya.
"Pulanglah Lin, kami semua rindukan Lin dan sekiranya Lin ada masalah kita boleh berbincang secara baik," rayu Lasbiyah lagi.