nuffnang ads

Thursday, November 25, 2010

PENGARAH JPJ NEGERI SEMBILAN DITUKARKAN 24 JAM

PENGARAH Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Kamal Saad, menerima notis pertukaran 24 jam Jumaat lalu, dipercayai ada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kutipan wang majlis makan malam yang tidak wujud oleh beberapa pegawai JPJ negeri berkenaan.

Kamal menerima surat pertukarannya ke Putrajaya manakala Timbalan Pengarah JPJ negeri, Saiful Nur dilantik sebagai pemangku pengarah.

Kamal yang dijangka bersara pada 2012 dikatakan turut didatangi beberapa pegawai SPRM dipercayai ada kaitan dengan kes yang sedang disiasat.

Kes kutipan majlis makan malam yang dikatakan mencecah RM600,000 menggunakan nama kelab disiarkan media sejak dua minggu lalu. Difahamkan juga wang kutipan dalam akaun kelab telah dikeluarkan dan sehingga kini hanya berbaki RM4,000.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10