Tentera Korea Selatan bersiap sedia jalani latihan bersama AS |
Penghantaran kapal perang Amerika ke Laut Kuning dianggap satu provokasi dan boleh menyebabkan perang di antara Korea Utara dan Korea Selatan |
TINDAKAN Amerika Syarikat menghantar kapal perangnya, USS George Washington yang berpengkalan di Yokosuka ke Laut Kuning untuk menjalani latihan bersama dengan tentera laut Korea Selatan dianggap Republik Rakyat Chin sebagai langkah sengaja membangkitkan ketegangan di perairan itu.
Kapal perang berkenaan bertolak semalam dari pangkalannya di Jepun bersama 75 pesawat tempur dan 6,000 anggota tentera marin untuk bersama tentera laut Korea Selatan menjalani latihan bersama selepas tentera Korea Utara melepaskan 200 bedilan artileri ke pulau Yeonpyeong kelmarin.
Serangan mengejut Korea Utara ke atas pulau milik Korea Selatan tetapi dipertikaikan oleh Korea Utara telah membunuh 4 orang termasuk dua tentera marin Korea Selatan dan dua orang awam serta mencederakan 15 yang lain.
Dengan kesediaan Korea Selatan menjalani latihan bersama kapal perang Amerika Syarikat itu bermakna, ia satu provokasi yang mungkin membangkitkann kemarahan Korea Utara sekaligus tidak menolak kemungkinan perang boleh tercetus membabitkan dua negara di semenanjung Korea.