SEBELAS pusat pemindahan banjir di Perlis mulai ditutup, manakala 1,375 mangsa banjir dibenarkan pulang mulai pagi ini. Ini kerana keadaan di beberapa kawasan yang ditenggelami air sebelum ini telah kembali seperti biasa.
Jalan di Kangar pula sudah boleh dilalui kenderaan. Kini hanya tinggal 44 pusat pemindahan yang masih beroperasi di sleuruh negeri itu bagi menampung baki lebih 13,000 yang masih belum dibenarkan pulang.