nuffnang ads

Friday, November 19, 2010

PILIHANRAYA UMUM KE 13 SELEPAS MEI 2011. KENA TUNGGU SAMY VELU BETUL-BETUL LETAK JAWATAN!

BANYAK betul halangan yang dihadapi oleh Barisan Nasional (N) khususnya Umno dalam menentukan tarikh pilihanraya umum ke 13.

Ini kerana pilihanraya kali ini Umno dikatakan mahu melibatkan input segar dari pemimpin 'baru' parti komponen, terutama dalam menentu dan mengambil konsesus pemilihan calon di seluruh negara. Ini bermakna, segala perbincangan terakhir khusus dalam pemilihan calon hanya boleh dibuat selepas Presiden MIC, S Samy Vellu meletakkan jawatan.

Pendapat atau pandangan Samy Vellu bukan bermakna tidak akan didengar, tetapi dipercayai BN mahukan satu suara 'baru' yang menentukan siapa calon di kalangan MIC yang boleh dipertimbangkan pada pilihanraya kali ini.

Jika angin sepoi-sepoi bahasa itu benar, bermakna semua urusan perbincangan terpaksalah menunggu sehingga Samy betul-betul meletakkan jawatan pada Mei tahun depan.

Andainya Samy Vellu tidak peduli dan mahu berkuasa lagi, BN terpaksa makan hati. Pengerusi BN, Najib tentu melihat hal ini sebagai sebahagian daripada berpuluh pertimbangan yang perlu diambilnya sebelum boleh sebegitu berani mengumumkan tarikh pilihanraya.

Selain faktor Samy, kesudahan kes Anwar Ibrahim juga sedang dinantikan penuh teliti oleh pentadbir tertinggi BN. Ini juga antara faktor utama yang menjadi perkiraan BN sebelum boleh menetapkan tarikh berentap dalam pilihanraya di seluruh negara.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10