ISTERI kedua, lelaki pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Everest, Sir Edmund Hillary, bakal dikenakan tindakan mahkamah selepas dia bertindak melelong jam milik mendiang di Switzerland, baru-baru ini.
|
Kenangan. Hillary (kanan) memakai jam berkenaan pada tangan kirinya. Gambar ini dirakamkan ketika mendiang bersama rakannya, Vivian Fuchs, dalam ekspedisi diAntartika. |
Dua anak Edmund, Peter Hillary dan Sarah Hillary berjaya mendapatkan perintah mahkamah dan mendakwa ibu tiri mereka itu tidak berhak dan berkuasa untuk melelong jam berkenaan.
Jam jenama Rolex Oyster Perpectual itu amat berharga kerana dihadiahkan oleh kerajaan kepada Edmund selepas dia dan Sherpa Tenzing, berjaya menjadi orang pertama menakluki Gunung Everest pada tahun 1953.