nuffnang ads

Friday, November 19, 2010

60 ANGGOTA PENYELAMAT SEDANG MENCARI PEMANDU KERETA MISTERI TERHUMBAN KE GAUNG

SERAMAI 60 anggota penyelamat kini sedang menjalankan tugas misteri untuk mencari seorang pemandu, selepas keretanya jenis Kia Spectra dijumpai terhumban ke dalam gaung 100 meter di Jalan Bentong Lama berdekatan Genting Sempah.

Pegawai Operasi JPAM, Nik Syharul Kamal Johari, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu jam 4 petang semalam.

Kereta itu ditemui oleh seorang pemandu trak kereta tunda, Wong Kam Way, 31, ketika dia dalam perjalanan menunda sebuah kereta Proton Satria Neo yang juga terbabit dengan kemalangan di kawasan berdekatan.

Menurut Wong, sebaik terpandang kereta yang terbalik di dalam gaung itu, dia turun melihat tetapi tidak menemui pemandunya. Kereta berkenaan dikatakan dipenuhi lumpur.

Nik Syahrul percaya kereta itu terbabit dalam kemalangan dua hari lalu dan kini pihaknya sedang menjalankan gerakan operasi mencari.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, juga mengesahkan polis menerima maklumat mengenai kejadian itu dan anggota terbabit turut menjalankan gerakan mencari.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10