nuffnang ads

Thursday, November 25, 2010

ABANG DITAHAN POLIS, ROGOL DUA ADIK SEJAK SEKIAN LAMA

SEORANG pemuda berusia 24 tahun, diberkas polis di sebuah kediaman di sebuah penempatan Felda di Mersing, Johor selepas disyaki terbabit merogol dua adik kandungnya dalam beberapa kejadian sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Mohd Noor Rashid, berkata pemuda yang bekerja sebagai pekerja ladang itu ditahan ketika cuba melarikan diri menaiki lori untuk pergi ke kawasan lain selepas kakaknya membuat laporan polis selepas terserempak perbuatan terkutuk itu.

Suspek dipercayai merogol adik kandungnya yang berusia 13 tahun sejak tiga tahun lalu dalam beberapa kejadian manakala seorang lagi adiknya yang berusia 16 tahun dirogol sejak awal tahun ini.

Kesemua mangsa dikatakan takut untuk melaporkan kejadian itu walaupun trauma kerana sering diugut oleh abangnya untuk membunuh ahli keluarga mereka jika perbuatan kebinatangan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10