nuffnang ads

Monday, November 15, 2010

DUA PELAJAR LEMAS DI SUNGAI GIAL, ARAU

KESERONOKAN lima sahabat mandi-manda di Sungai Gial, Arau, Perlis berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas dalam kejadian jam 3 petang tadi.

Mereka ialah Haswande Mohd Yusof, 14 dan Ahmad Iqham Aziz, 9, yang dikatakan mandi-manda di sungai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum tiba-tiba hilang. Kehilangan mereka dilaporkan rakan-rakan kepada penduduk kampung.

Gerakan mencari dilakukan penduduk kampung sebaik sahaja menerima maklumat dan mayat kedua-dua mangsa lemas ditemui beberapa jam selepas itu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussin, berkata pihak polis dihubungi penduduk kampung tetapi sebaik tiba mayat kedua-dua mangsa telah ditemui.

Jenazah kedua-duanya kini dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk dibedah siasat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10