Pembantu rumah Indonesia ditahan disyaki bunuh budak 12 tahun di Singapura |
POLIS Singapura menahan seorang pembantu rumah warganegara Indonesia, berusia 24 tahun kerana dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan kurang upaya berusia 12 tahun, di sebuah blok kediaman di Hougang Street 51, semalam.
Pembantu rumah itu yang baru tiba sebulan di Singapura bekerja dengan sebuah keluarga bernama Lee dan dianggap oleh jiran-jiran sebagai gadis menarik dan cantik.
Dia diambil bekerja oleh keluarga mangsa untuk menjaga kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Linda kerana mangsa menghadapi masalah pada kaki. Mangsa memerlukan bantuan pembantu untuk membantunya berjalan ekoran masalah kaki dihidapinya itu.
Mayat Linda berlumuran darah ditemui di bahagian bawah blok kediaman itu jam 6 pagi oleh orang ramai, manakala keluarganya tinggal di tingkat empat. Polis tidak menolak kemungkinan dia jatuh atau ditolak menyebabkan kematiannya