nuffnang ads

Friday, November 26, 2010

EMPAT PEGAWAI JPJ NEGERI SEMBILAN BERDEPAN KEMUNGKINAN DIBUANG KERJA

EMPAT pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, berdepan kehilangan jawatan selepas mereka kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam kutipan dana menganjurkan majlis makan malam yang poyo!

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, jabatan itu dan Kementerian Pengangkutan memandang serius perbuatan itu kerana ia melibatkan sesuatu yang bertentangan dengan disiplin dan peraturan mengikut Perintah Am.

Difahamkan, JPJ sedang meneliti kes berkenaan secaa mendalam dan akan bertindak sewajarnya termasuk membuang kerja jika mereka didapati sahih dan sah terbabit.

Kini kesemuanya sedang disiasat SPRM kerana terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dengan mengutip dana secara haram sehingga mencecah RM600,000 untuk menganjurkan satu majlis yang tidak wujud.

Kumpulan pegawai JPJ itu dikatakan menggunakan nama kelab untuk menjalankan kerja busuk mereka dan menggunakan akaun kelab berkenaan untuk menyimpan wang yang dikutip. Namun difahamkan daripada sejumlah RM600,000 yang berjaya dikutip, sebahagian besarnya telah dikeluarkan manakala akaun kelab itu hanya berbaki sekitar RM4,000 sahaja.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10