nuffnang ads

Friday, November 26, 2010

NENEK BARRACK OBAMA BERDOA DI DEPAN KAABAH MOGA CUCUNYA ITU PELUK ISLAM

SARAH berdoa di depan kaabah agar cucunya, Barrack Obama memeluk Islam
NENEK Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, berdoa sepenuh hatinya di depan kaabah ketika menunaikan haji beberapa minggu lalu dengan harapan cucunya itu menjadi seorang mualaf.

Sarah Omar yang menunaikan ibadat haji bersama anaknya, Saeed Hussein Obama, iaitu bapa saudara Barrack Obama dan empat cucu berkata, dia tidak mempunyai permintaan lain kecuali berdoa cucunya itu memeluk agama Islam.

"Aku berdoa agar cucuku Barrack Obama menjadi seorang mualaf" demikian kata Sarah kepada akhbar Al-Watan Saudi, di Jeddah semalam.

Sarah dan ahli keluarganya dari Kenya turut mendapat layanan khas dan diberi jamuan oleh pemerintah kerajaan Arab Saudi bagi menghormatinya sebagai nenek presiden Amerika itu.

Dia bagaimanapun enggan bercerita soal politik apabila ditanya oleh wartawan akhbar berkenaan sebaliknya hanya seronok menceritakan keinginannya melihat Barrack Obama menjadi muslim sejati.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10