nuffnang ads

Monday, November 8, 2010

MESTI BACA: GAMBAR LELAKI CINA MENYAMAR ORANG TUA MENGGUNAKAN TOPENG SILIKON UNTUK MOHON SUAKA DI KANADA

Pemuda China (kiri) memakai topeng silikon menyerupai lelaki tua Eropah (kanan)
Pemuda China (kiri) ketika memakai topeng lelaki tua. (Kanan) antara topeng silikon yang banyak dijual di luar negara.
PASUKAN perisikan Amerika Syarikat dan Kanada, hampir pengsan dan tidak percaya bagaimana seorang pemuda keturunan Cina boleh menyamar sebagai lelaki tua berkulit putih dan berjaya melepasi kawalan keselamatan di lapangan terbang dalam usahanya memohon perlindungan suaka di Kanada.

Lelaki itu menaiki pesawat Air Kanada AC018 dari Hong Kong pada 29 Oktober lalu dan memakai topeng silikon menyerupai lelaki tua berusia sekitar 80-an. Dengan selamba dia berjaya melepasi kawalan ketat imigresen di Hong Kong dan Kanada.

Bagaimanapun, dia berjaya ditahan kemudian selepas pasukan keselamatan menyiasat dan memperolehi maklumat bahawa lelaki itu amat yakin berjaya dalam misinya melepasi kawalan keselamatan di lapangan terbang.

Daripada maklumat awal, pihak keselamatan memperolehi maklumat bahawa lelaki itu menukar topengnya ketika separuh perjalanan di dalam pesawat.

Sementara itu, Menteri Keselamatan Awam Kanada, Vic Toews, berkata negaranya amat memandang serius tindakan pemuda itu kerana ia menunjukkan kawalan keselamatan di lapangan terbag boleh dibolosi oleh pihak lain, terutama pengganas.

Katanya, isu penyamaran dan penggunaan topeng silikon itu amat menghantui pihak berkuasa Kanada.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10