nuffnang ads

Monday, November 8, 2010

RASIS: PENOLONG PENGARAH BIRO TATANEGARA (BTN) DIGANTUNG TUGAS

KERAJAAN telah menghantar notis amaran dan bertindak menggantung tugas seorang Penolong Pengarah BTN, Hamim Husain berkuatkuasa 6 Oktober lalu selepas dia didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman.

Hamim didakwa melakukan kesalahan itu dengan mengeluarkan kata-kata sensitif yang tidak bersesuaian dengan kemajmukan penduduk di negara ini pada satu majlis yang diadakan oleh Pergerakan Puteri Umno, sekitar September lalu.

Menteri DiJabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri, berkata demikian ketika menjawab soalan dari wakil Tanjung Piai, Johor Datuk Wee Jeck Seng.

Menurut Nazri, berikutan tindakan yang dikenakan ke atas Hamim, tiga pegawai kerajaan setakat ini telah dikenakan tindakan tegas kerana mengeluarkan perkataan berbaur perkauman. Dua lagi ialah pengetua di dua sekolah menengah yang dikenakan tindakan tukar.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10