TIGA gunung berapi di Indonesia dikenalpasti telah dan pasti akan mencatat sejarah. Gunung Merapi kini keletihan dan lena selepas meletus dengan batuk yang amat kuat sehingga membunuh 270 orang beberapa minggu lalu.
Namun Gunung Anak Krakatau pula membuat kacau. Pergerakannya yang mengeluarkan letusan kecil melebihi 250 meletakkan gunung itu pada tahap awas.
Mungkin kerana cemburu, satu lagi gunung, Bromo, yang berketinggian 2,329 meter dari permukaan laut petang tadi diletakkan pada tahap awas pula. Penukaran tahap dari siaga pada sebelah pagi kepada awas, boleh dilihat menerusi laman web Pusat Vulkonologi dan Mitigasi Indonesia jam 5 petang tadi.