nuffnang ads

Tuesday, November 23, 2010

PARLIMEN BOCOR: JKR KATA TAK BOCOR TAPI OVERFLOW! BERUK CAKAP BODOH BUKAN BANGANG!

AIR menitis laju macam air pili dari bahagian siling lepa bangunan parlimen siang tadi. Ini semua kerana hujan lebat bermula tengah hari. Pekerja bangunan terpaksa mengalihkan sofa dan menadah bekas plastik dan baldi bagi mengelak air melimpah di lantai. Kata orang siling bocor!

Tapi si Ketua Pengarah JKR apalah bangang sangat, konar sana konar sini cakap bukan bocor tapi overflow! Dalam istilah umum kalau air boleh menitis turun ke bawah melepasi halangan, bermakna berlakulah kebocoran pada siling. Tak kiralah air overflow setinggi Gunung Jerai pun, kalau halangan atau siling tak bocor, air tak menitis ke bawah.

Tengoklah orang kampung dan rakyat jelata betapa sikap TIDAK MAHU MENGAKU SALAH di kalangan pentadbir tertinggi jabatan kerajaan yang ikut condong dengan perangai ahli politik dan menteri! Kalau benda tu salah, mengaku sajalah. Itu lebih mulia daripada konar sana, konar sini NAK MENIPU SAJA kerjanya. Itu fasal rakyat benci! Itu fasal rakyat benci! Itu fasal rakyat benci!

Sesiapa yang menonton buletin TV3 tadi dapat melihat sendiri bagaimana siling parlimen itu bocor! Tapi Ketua Pengarah JKR, terkial-kial bercakap menerusi telefon memberitahu TV3, itu bukan bocor, tapi air overflow! Apa dia ingat rakyat bangang macam orang-orang yang bangang tapi tak mahu mengaku bangang ke?

p/s: kena tulis keras sikit, kalau tidak, tak reti perasaan rakyat! Sebab kos pembaikan itu nanti bukan datang dari langit, tapi dari titik peluh rakyat yang masuk ke kantung kerajaan. Itu fasal kena keras sikit biar faham dan cepat khatam!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10