nuffnang ads

Tuesday, November 23, 2010

NOH OMAR KATA ADUN SEKINCAN LAYAK DIPUKUL - APA JENIS MENTERI NI?

Kecoh dalam parlimen, Noh Omar, Menteri Pertanian dan Asas Tani dibidas kerana mengeluarkan kata-kata wakil rakyat Sekincan, Selangor  memang layak dipukul - merujuk insiden Adun itu, Ng Suee Lim yang dipukul kira-kira 30 orang di Tanjung Karang, baru-baru ini.

Dulu banyak orang cakap dah...dah banyak orang cakap. Kalau pakai baju menteri, cakap kena jaga biar beradab. Kalau sudah kata orang awam layak memukul wakil rakyat, apa nama cakap semua ni? Apakah ini tidak boleh kita katogerikan sebagai cakap yang menggalakkan perlakuan kasar kepada orang lain?

Noh kena ingat, langit tak selalu cerah. Karang tak tentu fasal makin banyak orang benci Umno di Selangor. Sekarang ni pun yang sokong banyak dah berpaling! Ingatlah perangai buruk Khir Toyo hadiahkan penyapu kepada Yang Dipertua majlis daerah dulu. Jangan ingat, jadi menteri dan bercakap pula di dalam parlimen, orang tak simpan hati mendengar cakap-cakap kita!

Rakyat yang selalu kena tipu ini pun tahu, kalau tangkap pencuri tak boleh belasah suka-suka hati kena serah kepada polis. Ini Noh sebagai menteri bila ditanya fasal wakil rakyat yang dipukul oleh orang awam boleh jawab memang wakil rakyat itu layak kena pukul! Apa punya cakap ini woi?

Saya cakap tak berdaulat, tapi dah banyak kita lihat di Selangor ni sejak Mat Taib, Abu Hasan dan Khir Toyo. Sekarang orang Melayu tahu, Noh pegang jawatan Umno nombor dua di Selangor. Ingat...cakap jangan macam sebarang cakap. Orang Melayu baiknya cakap beradab. Kalau nak rasa Umno jadi pembangkang lagi tak apa...rakyat pun tak rugi kan....

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10