nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

4,070 PENUNGGANG/PEMBONCENG MOTOSIKAL MAUT TAHUN LALU

PURATA 340 pengguna motosikal mati sebulan. Maknanya secara purata juga sebanyak 12 pengguna motosikal buang nyawa setiap hari di negara ini!

Jelas, jalan raya di negara kita adalah sungai maut yang amat deras arusnya dengan purata 12 orang terbunuh setiap hari. Untuk mencari sebab dan puncanya, sebahagian besar tidak memerlukan kajian bersifat akademik. Hanya perlu mata melihat apa yang sering ditunjukkan oleh penunggang motosikal kita di jalan raya negara ini.

Menunggang laju, menunggang dalam keadaan khayal akibat dadah dan arak, lumba haram, kurang mahir, buang cermin sisi, tidak beri isyarat, menunggang di tengah jalan raya, motosikal diubahsuai tanpa mematuhi spesifikasi, bermain sms atas motosikal dan sedikit yang lain atas faktor jalan raya dan takdir!

Apabila Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha, mengumumkan hari ini bahawa 4,070 yang maut atas jalan raya sepanjang tahun lalu adalah penunggang motosikal kita jangan terkejut atau cuba-cuba buat terkejut. Memang sebahagian besar puncanya datangg daripada pengguna motosikal itu sendiri.

Dalam tempoh yang sama, sungai maut di negara ini turut menelan korban 1,411 pemandu kereta, 593 pejalan kaki dan 13 pengguna bas ekspress dan bas sekolah. Tanpa kajian juga, kita sudah boleh mencongak jumlah itu bagi sepanjang tahun ini pasti terus meningkat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10