nuffnang ads

Tuesday, November 2, 2010

LAGI CERITA KERETA TEBAKAR: DIDATANGKAN KHAS DARI SARAWAK UNTUK KITA RENUNGKAN

BOLEH dikatakan hampir setiap hari ada sahaja kereta terbakar! Ini kejadian baru berlaku kira-kira jam 7 pagi semalam, di Batu 14, Jalan Kuching Serian di Sarawak.

MyVi disondol tak datangkan kudis. Tapi Naza Sutera boleh terbakar. Renung-renungkanlah.
Rentung. Kemalangan tak besar mana pun, tapi habis Naza Sutera terbakar. Ada faktor lainkah?
Sebuah kereta jenis Naza Sutera dipandu seorang wanita 20-an secara tidak sengaja terlanggar bahagian belakang kereta jenis MyVi yang dipandu juga oleh seorang wanita.

Mengikut logik, kemalangan yang dikasifikasikan sebagai 'geselan' itu tidak memberi impak yang besar kepada kedua-dua kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, ada yang kurang logik dan sukar dipercayai berlaku apabila pemandu Naza Sutera itu turun dari keretanya untuk berbincang dengan pemilik MyVi yang disondolnya dan melihat lebih dekat kesan pada kereta berkenaan.

Namun belum sempat kedua-duanya berbincang, enjin kereta Naza Sutera mengeluarkan bunyi 'lain macam' dan sekelip mata api menyambar memusnahkan kereta berkenaan.

Pemilik Naza Sutera itu dibawa menaiki MyVi yang disondolnya ke tempat lebih selamat sebaik sahaja kebakaran itu berlaku.

Ini yang perlu kita renungkan. Kenapa kebelakangan ini sering sangat kebakaran kenderaan berlaku. Malah dalam kes kemalangan yang bergesel itu pun, kereta terbabit boleh rentung dan musnah. Salahkah kalau kita memohon pihak berkuasa menjalankan semula ujian keselamatan terhadap minyak Ron95? Salahkah kalau kita sendiri mula mencurigai sesuatu yang tidak kena? (Dipetik dari SUD)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10