nuffnang ads

Monday, November 15, 2010

MASJID TAMAN GAYA, DI JOHOR JADI TEMPAT ANJING BERLINDUNG!

SELAIN lantainya yang mulai ditakungi air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk, masjid Taman Gaya, di Tiram Johor, yang terbengkalai sejak lebih tujuh bulan lalu, kini mulai menjadi 'syurga' bagi beberapa ekor anjing liar untuk berlindung ketika malam dan hujan.

Tanpa sebarang usaha dilakukan kerajaan untuk menyegerakan pembinaan masjid yang bernilai RM1.76 juta itu, penduduk berdekatan semakin resah dan gelisah dengan keadaan yang berlaku itu.

Masjid berkenaan yang dianugerahkan tender pembinaannya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada sebuah syarikat, tiba-tiba terbiar apabila syarikat terbabit dilaporkan gulung tikar dan tidak mampu menyambung kerja-kerja sepatutnya.

Kini selepas tujuh bulan berlalu, penduduk yang ramai menitiskan air mata berharap sangat kerajaan terutama JKR memberi perhatian segera agar bangunan yang boleh menempatkan 1,300 jemaah pada satu-satu masa itu dapat disempurnakan seberapa segera.

Memang itulah yang mereka harapkan terutama daripada sebuah kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) yang selama ini begitu gah menyatakan perjuangan mereka untuk agama dan bangsa. Sebaliknya nasib yang menimpa masjid Taman Gaya ini membuktikan mereka hanya tahu bercakap!

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman, berkata beliau telah membawa masalah itu ke pengetahuan pihak berkenaan dan percaya masalah masjid yang terbengkalai pembinaannya itu akan dapat diselesaikan.

Menurutnya, pihaknya kini berharap JKR dapat menyegerakan proses pemilihan syarikat baru baru bagi menyambung kerja pembinaan yang tergendala kerana masalah kos atau peruntukan pembinaannya tidak timbul sehingga kini.

Kita mengharapkan yang baik-baik sahaja daripada janji beliau kerana hal ini melibatkan pembinaan rumah ibadat yang amat dinanti-nantikan pembinaannya untuk penduduk setempat. Pada masa yang sama kita berharap kerajaan bermuhasabah dan bercermin melihat keupayaan sendiri dalam menguruskan projek yang semestinya mempunyai nilai dan harga amat tinggi di kalangan orang Melayu dan umat Islam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10