nuffnang ads

Monday, November 15, 2010

BANJIR MULA LANDA SARAWAK: LONG BEMANG DITENGGELAMI AIR 1.5 METER

BANJIR besar mula melanda Sarawak. Hujan berterusan sejak dua hari lalu menyebabkan air di Sungai Apoh melimpah dan menenggelami 1.5 meter kawasan penduduk di Long Bemang, di Baram sejak petang semalam.

Long Bemang mulai tenggelam...gambar ehsan Adun Telang Usan, Lihan Jok.
Ratusan penduduk terpaksa dipindahkan kerana sebahagian besar penempatan itu mulai tenggelam. Malah sebuah sekolah menengah di Long Panai, semakin dinaiki air.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Telang Usang, Lihan Jok terpaksa menggunakan khidmat helikopter untuk membuat tinjauan di kawasan terbabit dan beliau mengesahkan air naik sehingga melebihi 1.5 meter di kawasan berkenaan.

Yang peliknya, Pegawai Daerah Baram, Joseph Belayong, pula memberitahu pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian banjir itu. (SUD)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10