nuffnang ads

Monday, November 15, 2010

32 PELAJAR ILP DISERANG KERACUNAN: TERMAKAN NASI MENTAH

SERAMAI 32 pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra, di Kedah diserang keracunan makanan semalam, selepas mendakwa dihidangkan nasi mentah ketika makan tengah hari di dewan makan asrama institut berkenaan.

Kesemua pelajar terbabit mengalami muntah-muntah dan cirit-birit sejak jam 2 petang sehingga malam dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mereka kini ditempatkan di wad Hospital Jitra bagi mendapatkan rawatan sempurna.

Beberapa mangsa mendakwa, menu makanan tengah hari semalam berlaukkan ayam masak lemak dan sayur tetapi nasi yang dihidangkan mentah! Bagaimanapun, kebanyakan pelajar terpaksa memakannya juga kerana tidak mempunyai pilihan.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Marzuki Md Isa, mengesahkan kejadian itu dan memberitahu satu pemeriksaan kawasan dan sampel makanan akan dilakukan  di dewan makan ILP itu bagi mencari punca sebenar kejadian.

Menurutnya, sehingga kini semua mangsa yang dirawat berada dalam keadaan stabil.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10