nuffnang ads

Sunday, November 14, 2010

MANGSA ROGOL PERANGKAP AJAK DATE: KEMUDIAN POLIS TAHAN SUSPEK. SENANG KERJA!

SEORANG pelajar 14 tahun di Sibu dinasihatkan polis untuk membuat temu janji dengan teman lelaki yang merogolnya, bagi memudahkan pihak berkuasa memberkas lelaki berkenaan. Pelajar itu melakukannya, dan bila teman lelakinya datang polis pun cekup!

Demikian kisah di Sibu, melibatkan pelajar terbabit yang lari dari rumah dan tinggal selama seminggu dengan teman lelakinya yang berusia 20-an, pemuda dari Semenanjung.

Apabila dia tidak pulang ke rumah, ibunya membuat laporan polis tentang kehilangannya. Namun pelajar perempuan itu pulang juga akhirnya selepas seminggu. Ibunya mendesak dan bertanya ke mana dia pergi dan dengan siapa dia keluar.

Akhirnya selepas puas memujuk dan mendesak, pelajar 14 tahun itu menceritakan yang dia tinggal bersama teman lelakinya selama tempoh lari dari rumah. Ibunya tidak berpuas hati dan bertanya lagi sama ada dia melakukan hubungan seks atau tidak sepanjang tempoh itu. Gadis itu mengaku!

Mendengar saja pengakuan itu, ibunya terus membawa dia ke balai polis dan membuat satu laporan polis berhubung kejadian rogol.

Bertindak atas laporan itu, polis mula menyiasat dan cara paling mudah untuk menahan suspek ialah dengan menasihatkan gadis itu agar mengumpan teman lelakinya untuk bertemu. Mudah kerja.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10