nuffnang ads

Sunday, November 14, 2010

ENAM PELAJAR PEREMPUAN DITAHAN, BELASAH RAKAN SEKOLAH SEHINGGA PITAM

ENAM pelajar perempuan berusia 14 hingga 17 tahun yang mungkin berasa mereka kumpulan 'Samseng Tahi Kucing' yang terhebat diberkas polis di kediaman masing-masing, pagi ini di Kampung Gita, Kuching selepas disyaki terbabit membelasah rakan sekolah sehingga hampir pengsan.

Enam pelajar perempuan ala samseng Tahi Kucing dibawa polis untuk bantu siasatan kes serang rakan sekolah
Mereka dipercayai bertindak menyerang dan membelasah mangsa ketika keluar dari pagar kawasan sekolah pada 11 November lalu, atas sebab cemburu dan marah kerana mendakwa mangsa seorang yang sombong dan berlagak.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pergi sekolah untuk memulangkan semula buku pinjaman tetapi tidak menyedari kumpulan enam pelajar samseng itu telah bersedia untuk menyerangnya.

Tiba di luar pagar sekolah, mangsa yang berasal dari Melaka terkejut apabila tiba-tiba keenam-enam suspek mengeronyoknya sehingga hampir pengsan.

Kakak mangsa yang tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa mangsa, membawanya ke balai polis untuk membuat laporan. Menurut kakak mangsa yang bertugas sebagai guru di Batu Kawa, dia tidak menyedari apa-apa sehinggalah terlihat adiknya merawat luka pada badannya.

Polis yang bertindak di atas laporan dibuat oleh mangsa, kemudian mengunjungi beberapa rumah di sekitar Kampung Gita dan berjaya menahan enam pelajar samseng untuk membantu siasatan - SUD

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10