nuffnang ads

Sunday, November 14, 2010

BEKAS SUAMI KRIS DAYANTI, ANANG HEMANSYAH AKAN LANCARKAN BUKUNYA DISEMBER INI. ADA BAB FASAL PERCERAIAN MEREKA

ANANG HERMANSYAH, bekas suami Kris Dayanti kini berdebar-debar menunggu kelahiran buku autobiografinya yang dijangka dilancarkan hujung Disember ini.

Buku setebal 350 halaman itu adalah sentuhan pena Alberthine Endah, penulis yang kini turut bertungkus-lumus menyiapkan autobiografi Luna Maya, kekasih Ariel, penyanyi Peterpan yang masih ditahan di penjara di Bandung.

Menurut Endah, antara kandungan buku Anang yang berjudul "Aku Dan Diva" itu pastinya menyentuh soal-soal di sebalik tabir perceraiannya dengan Kris Dayanti yang selama ini dicop peminat seni Indonesia sebagai perempuan curang.

Namun isi terbanyak di dalam autobiografi itu bakal memuatkan sejarah pahit getir Anang dalam menaikkan nama Kris Dayanti sebagai Diva dalam seni suara di Asia Tenggara, terutama menceritakan saat-saat awal Kris Dayanti mula melontarkan suara menerusi lagu-lagu Anang.

Walaupun Anang dan Kris Dayanti telah berpisah, Anang tetap berpendapat bab mengenai sejarah menaikkan nama Kris Dayanti adalah wajib untuk dicoret dan kemudian ditatap oleh pembaca, khususnya peminat yang selama ini tidak tahu di mana mulanya karier Kris Dayanti.

Tentang buku Luna pula, Endah menjelaskan dia perlu menunggu kes Luna dan Ariel selesai untuk memudahkan buku itu disiapkan kerana sudah tentu ia banyak melibatkan konflik ataupun risiko perundangan jika diterbitkan terlebih awal.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10