nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

MANGSA KEDUA BELAS MUSIM BANJIR: SUAMI LEMAS SELAMATKAN ISTERI DI KUANTAN

HASRAT seorang suami muda, Mohd Hazrul Abdul Jalil, 26, untuk menyelamatkan isterinya yang dibawa arus deras bertukar malang apabila dia dibawa arus deras dan disahkan meninggal kerana lemas jam 12 tengah hari tadi.

Mohd Hazrul, kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, berkelah di Sungai Jin, Kampung Pasir Kubur, Sungai Lembing, bersama isterinya, Norfaridah Mohd Amin, 26, ibu dan seorang adik lelakinya.

Adik lelakinya, Mohd Helmi Abdul Jalil, 25, berkata ketika kejadian mereka turun untuk berenang di sungai itu kira-kira jam 12 tengah hari. Bagaimanapun, abang dan kakak iparnya telah memasuki kawasan sungai yang dalam sebelum isterinya dibawa arus.

Mangsa berusaha menyelamatkan isterinya, tetapi dia kemudian tidak sedarkan diri dipercayai lemas. Beberapa penduduk cuba memberi bantuan pernafasan tetapi gagal dan disahkan meninggal dunia.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10