nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

ANGGOTA POLIS PENYELAMAT ANTARA KORBAN GUNUNG MERAPI

SEORANG anggota polis yang turut bertugas dalam gerakan mencari dan menyelamat mangsa Gunung Merapi, adalah antara korban yang ditemui di Rumah Sakit semalam.

Gerakan mencari mayat korban masih dijalankan berterusan di sekitar Gunung Merapi
Anggota polis itu dikenali sebagai Ruslani, dan bertugas di Changkringan, Sleman, dikatakan dalam perjalanan menjemput isteri dan anaknya di berek yang terletak di kawasan muntahan debu gunung, tetapi dipercayai tidak sempat berbuat demikian apabila debu panas lebih awal menyambarnya.

Isterinya selamat tetapi cedera terbakar manakala anak tunggalnya pula sehingga kini tidak ditemui, walaupun pelbagai usaha mengesan dalam senarai korban ditemui dilakukan.

Sehingga hari ini seramai 135 mangsa korban Gunung Merapi direkodkan sejak ia meletus minggu lalu.(Tribunnews)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10