nuffnang ads

Friday, November 19, 2010

UPDATE)LIHATLAH BETAPA KEJAMNYA WANITA: POLIS JUMPA 1,000 JANIN MANGSA PENGGUGURAN

1,000 janin  mangsa pengguguran ditemui hari ini di sebuah kuil Buddha di Thailand
POLIS Thailand hari ini menemui 1,000 bungkusan janin mangsa pengguguran - sesuatu yang boleh disifatkan sebagai penyeksaan dunia yang keterlaluan oleh kaum wanita!

Kesemua janin itu yang dibungkus dalam plastik ditemui di dalam sebuah kuil Buddha, berdekatan sebuah kawasan perkuburan yang baru dibuka oleh kerajaan.

Setakat ini dua penjaga kuil yang ditahan memberi kerjasama memuaskan kepada pihak polis yang begitu terkejut dengan penemuan luar biasa itu.

Kolonel Sombat Milintajinda, pegawai kanan polis yang ditugaskan memantau kes berkenaan berkata polis menemui 950 janin di dalam sebuah bilik manakala selebihnya diletakkan berdekatan.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan awal dipercayai ada janin mangsa pengguguran itu telah disimpan melebihi dua tahun.

Pihak berkuasa difahamkan sedang meneliti maklumat bahawa bungkusan janin mangsa pengguguran itu ada kaitan dengan sindiket haram yang terbabit membekalkan janin itu kepada syarikat kosmetik di seluruh dunia.

Sindiket itu dikatakan telah lama bergerak dan telah banyak mengaut keuntungan daripada bahan buangan ketika proses penggugguran dilakukan.

Turut menjadi sasaran siasatan pihak berkuasa adalah hospital dan pegawai perubatan yang dipercayai terbabit sama dalam perniagaan paling zalim di dunia itu!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10