ATLET Taekwando Taiwan hari ini dibatalkan penyertaannya ketika sedang mendahului lawan 9-0 dalam pusingan pertama acara di bawah 49 kg Taewando Sukan Asia ke 16, di Guangzhou.
Ini gara-gara atlet terbabit, Yang Shu Chun, dikesan menggunakan pengesan sebesar tapak tangan di bahagian stokin ketika menentang lawannya dari China, Wu Jingyu.
Walaupun Yang melepasi pemeriksaan awal sebelum pertandingan, namun seorang pemerika mendapati ada pengesan dipasang pada stokinnya yang berfungsi untuk menentukan impak dan digunakan sebagai pencatat markah dalam pertandingan.
Pemeriksa terbabit kemudian menanggalkan alat itu dan memaklumkan penemuan itu kepada pegawai pertandingan dan pertandingan dihentikan ketika dia sedang mendahului 9-0. Bagaimana Yang enggan meninggalkan gelanggang dan menangis. Ini menyebabkan jurulatihnya, Liu Tsung Ta campurtangan.
Namun Setiausaha Agung Persekutuan Taekwando Dunia (WTF) Yang Ju Shuk segera mengadakan sidang media bagi menjelaskan kontroversi itu dan berkata ada unsur dan cubaan untuk menipu dalam kes berkenaan.
Keputusan kontroversi yang menyaksikan Jingyu memperolehi emas dibantah media dan pelbagai pihak di Taiwan yang mendakwa China bermain taktik kotor bagi memastikan atletnya memenangi emas.